Seekor Harimau Tidak Akan Merendahkan Martabatnya Untuk Menangkap Seekor Cicak

Seorang TUA Yang Mencari Erti Kehidupan.

Friday, 16 March 2012

SEJARAH GRIK





MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.


Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di Utara Semenanjug. Raja Reman menceroboh ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik ditakluki Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman dihapuskan oleh kerajaan Siam dan Gerik menjadi jajahannya.

Namun, pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Perjanjian itu ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat).

Antara syarat perjanjian menuntut kerajaan Siam menyerahkan semua Gerik yang diambil Raja Reman kepada Perak. Istiadat penyerahan Gerik berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.

Dalam tahun 1870 beberapa orang datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).

Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman tiba di kampung terbabit, baginda mendengar bunyi pelik dari celah rumpun buluh. 
agaknye nila buluhnye yea?....hehe
 
Baginda kemudian memerintahkan orangnya supaya memagar kawasan berkenaan dan menggalinya bagi merungkai misteri bunyi terbabit.

Setelah habis digali, maka kelihatan berpuluh ekor dekan sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit.

Raja Reman kemudian menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu dipakai beberapa lama tetapi orangnya kemudian mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

LIKE kalau suke n jgn lupe LIKE Fanpage AMIN

No comments:

Post a Comment